SEJARAH

Sejarah Penubuhan KGFB

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan penubuhan KGFB (dahulunya dikenali KPF2) pada 15 April 2011. Penubuhan KGFB adalah bertujuan memberi peluang kepada generasi baru FELDA terlibat dalam kelangsungan pembangunan kumpulan FELDA

KGFB sedang giat melaksanakan aktiviti terutama mendapatkan seberapa ramai anggota. Di samping itu juga, KGFB menggalakkan anggota memiliki modal syer dalam KGFB.

Keanggotaan KGFB terbuka kepada generasi baru FELDA seluruh negara samada yang tinggal di dalam atau di luar rancangan, kakitangan FELDA, anak-anak kakitangan FELDA, pesara FELDA dan anak-anak pesara FELDA. Pihak KGFB mengalu-alukan dan mempelawa semua generasi baru dan kakitangan FELDA menjadi anggota KGFB serta memiliki modal syer dalam KGFB.

Koperasi Generasi FELDA Baru Berhad

(dahulunya dikenali sebagai Koperasi Permodalan FELDA Malaysia 2 Berhad)

Tingkat 1, Balai FELDA, Jalan Gurney 1, 54000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Scroll to Top